Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Salam hormat dan selamat datang kepada semua blogger Sekolah Kebangsaan Pahi.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan hidayahnya dapat satu blog yang dipenuhi informasi ini dapat dibina. Ia diharapkan dapat menjurus ke arah memperkasakan sekolah seiring dengan wawasan pembangunan infrastruktur maklumat kementerian dan semoga ia dapat membantu kejayaan tugasan seharian di sekolah.
Tahniah kepada Unit Laman Web dan Unit ICT SK Pahi 2010. Teruskan usaha dan sentiasa pertingkatkan blog ini agar ia sentiasa memaparkan informasi yang terkini. Saya ingin tegaskan bahawa kejayaan itu hanya ada dalam satu pasukan yang setia dan rasa kekeluargaan yang kuat sesama kita. Oleh yang demikian daya kreativiti sebegini perlu sentiasa dipupuk dan dikembangkan di dalam kepelbagaian cara yang paling berkesan.
Saya mengharapkan blog ini akan dapat memangkin pembangunan ICT di sekolah, baik dalam bidang pengurusan mahupun dalam pengajaran sehari-hari. Ini ditambah pula dengan status sekolah yang mendapat kepercayaan PPD Kuala Krai dan JPN Kelantan untuk menyertai Program Perluasan Sekolah Bestari dan yang terbaru, sebagai Sekolah Rintis Program j-QAF.
Saya percaya, jika kita jadikan tugas kita sebagai ibadah kepada Allah SWT dan bertekad untuk memenuhi kepuasan pelanggan sebaik mungkin, kita pasti dan percaya ia akan dicapai. dicapai.
"KE ARAH SEKOLAH BESTARI"
SITI RAHIM BT. MAT
Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Pahi,
18000 Kuala Krai, Kelantan.